SELAMAT DATANG KE PORTAL EKSA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN

KRONOLOGI EKSA

Comments Off

Saturday, March 18, 2017 by

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (JP Kelantan) mempunyai kekuatan anggota seramai 90 orang yang mana melibatkan Pejabat Pentadbiran, Teknikal dan Pejabat Operasi Kuala Krai. Pelancaran Amalan 5S peringkat JP Kelantan telah dilaksanakan pada 24 Feb 2011 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pada pertengahan tahun 2011 berlaku kerja-kerja menaiktaraf bangunan dan diaktifkan kembali amalan 5S pada awal tahun 2013. Pada 10 Mei 2013, JP Kelantan telah berjaya memperoleh pensijilan 5S daripada pihak MAMPU bagi tempoh 2 tahun iaitu dari 10 Mei 2013 sehingga 10 Mei 2015. Proses transisi ke arah pelaksanaan EKSA telah dimulakan pada April 2015 dan pertukaran logo daripada 5S kepada EKSA juga turut dibuat. Sebanyak tiga kali audit dalaman telah dilaksanakan yang bermula pada Mei 2015 meliputi semua pejabat JP Kelantan termasuk Pejabat Operasi Kuala Krai. Melaui audit dalaman yang telah dilaksanakan, JP Kelantan merancang untuk menjemput pihak MAMPU bagi mendapatkan pensijilan EKSA pada Ogos atau September 2015.